something.
cerita singkat dari setengah hidup seorang gadis. dilahirkan bukan dalam keluarga yang bukan bersudukan emas, rumah yang bertahtakan berlian cuma berbumbungkan atap yang mampu menepis hujan yang lebat daripada membasahi tubuh yang kering dengan keringat. maka, telah lahirnya seorang gadis yang tabah pada hari jumaat yang penuh dengan berkat, seberat 2.9 kg, tepat jam 5.30 petang. namun disisi ibunya hanya ditemani oleh seorang nenek tua tanpa ayah disisi yang jauh demi mencari sesuap nasi. ketabahan seorang ibu disaat melahirkan anak gadisnya ini tanpa sebarang alat bantuan yang lengkap dengan mudah lahirlah seorang puteri yang tabah. perasaan bangga dan rasa bersyukur disurat beranaknya tertulis sehingga sekarang tempat kelahirannya berbeza dengan insan yang lain yang jarang dialami oleh kebanyakkkan orang. kehidupan kecilnya tidaklah begitu menarik untuk dibaca, penuh dengan warna warna kontra yang sukar ditatap dan bercelaru. anak gadis ini sering berlari lari