something.
cerita singkat dari setengah hidup seorang gadis.
dilahirkan bukan dalam keluarga yang bukan bersudukan emas, rumah yang bertahtakan berlian cuma berbumbungkan atap yang mampu menepis hujan yang lebat daripada membasahi tubuh yang kering dengan keringat.
maka, telah lahirnya seorang gadis yang tabah pada hari jumaat yang penuh dengan berkat, seberat 2.9 kg, tepat jam 5.30 petang. namun disisi ibunya hanya ditemani oleh seorang nenek tua tanpa ayah disisi yang jauh demi mencari sesuap nasi. ketabahan seorang ibu disaat melahirkan anak gadisnya ini tanpa sebarang alat bantuan yang lengkap dengan mudah lahirlah seorang puteri yang tabah. perasaan bangga dan rasa bersyukur disurat beranaknya tertulis sehingga sekarang tempat kelahirannya berbeza dengan insan yang lain yang jarang dialami oleh kebanyakkkan orang.
kehidupan kecilnya tidaklah begitu menarik untuk dibaca, penuh dengan warna warna kontra yang sukar ditatap dan bercelaru. anak gadis ini sering berlari lari mengejar mimpi yang tak mungkin wujud. terdapat liku liku hidup yang dijejaki penuh dengan luka dan darah yang mengalir. diposisi manusia sering melihatnya tertawa, seronok, bahagia, tanpa sebarang masalah yang membelenggu jiwa, meremukkan hati mematahkan sayap dan kejatuhan yang melemahkan semangat.
seorang kanak kanak yang tidak mengenali dunia sebenarnya. terlihat bahagia menempuhi zaman kank-kanaknya tanpa mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapannya. ketawa riang melampui limit bagi yang perlu sepatutnya dilakukan seorang gadis. dunianya penuh dengan naif dan tidak memahami erti sebenar dunia. yang dilakukannya hanyalah memenuhi harinya dengan permainan zaman kanak-kanaknya mungkin hari ini melepasi rintangan berduri, ditemani lumpuh yang memenuhi badan, dicoretkan dengan pasir yang penuh dengan debu, merempuh bahaya dikala terletak dirinya setinggi dahan yang disangka akan mencapai angannya namun segalanya musnah disaat dia merasakan dunia seindah syurga.
dia juga tak pernah menyangka bahawa zaman remaja nya juga akan ditemani dengan garisan tanpa nadi. kegembiran yang dipenuhi dengan garis merah yang tiada penghujung. ibarat jalan yang penuh dengan lubang yang akan menyebabkan luka yang parah tanpa disedari. akibatnya hidup yang dilaluinya dihantui tanpa belas kasihan sehingga menyebabkan terobeknya hati tanpa darah. ketabahan yang dilalui menjadi sumber kekuatan menjadikan dirinya seorang insan tanpa hati. nampak kuat diluar tapi mati didalam. memberontaknya diri tanpa mengetahui jiwa yang makin nazak. mendiamkan diri tanpa kata makin menjadikan nafas yang dihembus semakin berat dan berdarah.
diajar sejak kecik mengenal erti susah, meletakkan diri disituasi bagaimana seorang ayah mencari nafkah untuk keluarga. melakukan kerja yang dianggap kotor dan berat untuk dilakukan oleh seorang gadis. sekaligus memecahkan stereotype manusia yang dikatakan kerja buruh binaan hanyalah dilakukan oleh kaum lelaki sahaja. disitu seorang gadis belajar mengenal erti susah, penat, tak mudah mengalah malah berani untuk menempuh alam dewasa. dibelenggu dengan kotor, debu, serangga, tapi tidak satu pun menyebabkan dia tersungkur malah rasa bersyukur kerana dididik oleh ayahnya cara sebegitu. tidak ada sedikit pun rasa kekok atau malu saat dipandang oleh manusia malah berbangga dapat melakukan sesuatu yang tidak mungkin manusia lain dapat merasai benda yang sama. malah sekaligus memberi pengalam hidup yang penuh dengan makna.
disaat menemui garisan seorang gadis yang dulunya remaja kini semakin dewasa memberi dia erti sebenarnya kehidupan. jiwa yang dulunya kacau dan bergaris merah kini semakin pudar dan tidak berwarna. seakan tiada harapan untuk bertahan hidup. mencari jawapan yang tidak ditemui dan membawa kejalan mati. semakin jauh dan jatuh malah tak mungkin dapat bangun. disaat kacau dirinya hanya ditemani sepi dan ubat yang akan membawa dirinya hanyut jauh kedasar lautan yang tiada berpenghuni. dikala siang tertawa tanpa nada dan dikala malamnya menangis tanpa lagu. jiwa yang kian kosong mebawa fikirannya kearah cara bagaimana melenyapkan diri tanpa jejak. mengharapkan pelangi yang indah tapi mendung yang berguruh menemani. suara halus yang selalu menyapa lembut benak fikiran menyuruh untuk berhenti bahagia. disaat tidak dapat melelapkan mata, hanya ubat yang akan selalu disisi dan ditemani oleh sepi yang akan membawa kesisi gelap yang tiada cahaya yang dapat menerangi. nafas yang tiba-tiba kian menghilang dan sering kali bergelora tanpa sebab. kemana rasanya gembira yang dulu boleh tertawa namun sekarang semakin pudar dan penuh dengan kepura-puraan.
rasa dihantui tanpa jejak. what will happen if i disappear? can I go back to when I was born or better if I wasn't born at all? no one in this world deserves to be hurt.
Comments
Post a Comment