sis sedar...
Lelaki Itu Jahat Dan Wanita Itu Bodoh!
Lelaki sifatnya suka memanjakan dan perempuan suka dimanjakan. Sebab itulah lelaki suka berkata-kata manis dan melayani perempuan dengan se-sweet mungkin. Sayangnya, disebabkan hati perempuan yang mudah terusik, mereka terlalu mudah lentok pada kata-kata serta layanan lelaki.
Mereka mudah merasakan,
"Dia suka aku kot, sebab tu dia selalu layan aku. Cakap benda sweet sweet dekat aku"
Walhal, hakikatnya pada semua perempuan layanan sebegitu diberikan oleh si lelaki tadi. Perempuan itu dengan tanpa berfikirnya, mulai tenggelam dalam angan angan perasaannya sendiri yang telah diciptakan oleh si lelaki.
Sedih.
Bukan tak pernah kau lalui keadaan seperti di saat kau cuba meluah perasaan sebenar padanya, dia kemudian menjauh kerana hanya menganggap kau sbg kawan. Tapi kau sudah dibuai perasaan suka padanya. Tertipu bukan?
Itulah salah satu hikmah di dalam Islam tak mahu kau menjalin hubungan yg dilarang dan bergaul mesra dengan berlainan jantina. Kau tak pernah tahu tujuan hatinya. Yang kau tahu, kau suka dia. Full stop. Lepas tu apa? Dia menjauh dan kau menangis sendiri.
Aku pernah terbaca di satu laman sosial seseorang mengatakan bahawa perempuan ini bodoh dan lelaki ini jahat dan kalau tak silap aku, ia datang daripada seorang lelaki sendiri.
Aku setuju dengan statement nie. Allah menciptakan hati wanita itu lembut, namun ia bukan diciptakan bertujuan untuk si perempuan memperbodohkan dirinya pada seorang lelaki. Apa tah lagi apabila keduanya belum ada apa-apa ikatan yang halal di sisi Islam.
Kau tunduk pada kata-kata nya. Asal dia layan kau baik sikit kau mula beritahu pada kawan-kawan,
"Dia baik weh"
Sejauh apa kau kenal dia baik? Dari celah fikiran mana keluarnya kata-katamu ini? Betul bukan statement tadi? Perempuan bodoh?
Ya bodoh sebab baru dilayan baik sikit kau terus kata dia baik, sedangkan kau tak pernah tahu luar dalam dirinya. Yang kau tahu, kata-kata manisnya dah cairkan hati kau. Kau kenapa sebenarnya?
Sebab tu Allah suruh kau jauhkan diri daripada ikhtilat, supaya kau tak tertipu macam nie!
Wahai wanita-wanita yang memilih utk bercinta sebelum nikah, apa jaminanmu bahawa kekasih harammu tidak akan curang padamu?
Jawab pertanyaanku yang kedua pula.
Sudah berapa kali kau memarahi si dia utk tidak bermain cinta dgn wanita lain? Adakah dia patuh pada kata-katamu? Hahah. Tidak bukan?
Mahu apa lagi kau sebenarnya? Balik lah pada agama. Lawan nafsumu!
Ramai wanita diluar sana yang berjaya mempertahankan dirinya daripada tertipu dengan cinta haram dunia, tapi kenapa kau masih beralasan?
Sebab hati kau dah seronok dengan maksiat! Kau dah biasa buat, sebab tu kau bagi macam-macam alasan untuk tidak menjauhkan diri.
Balik lah pada agama!

Comments
Post a Comment