bidadari syurga
Tercoret warkah ini buat akhwat tercinta yang seagama dan seaqidah denganku .
.
Ya akhwat sayang :')
Dulu ada seorang srikandi islam bernama sumayyah . Dipaksa memilih antara keluarga dan agama . Dipilihnya yang SATU . Kerana dia tahu didunia keluarga takkan bersatu , diteguhnya hati dikuatnya iman . Dia dan keluarga bersatu di jannah . Adakah sekuat ini imanmu bila keluarga ditindas ?
.
Ya Haura al-Maqsurah .
Kenalkah engkau kepada Khadijah ? Aisyah ? Wanita ini kebanggaan agama . Saat dunia menentangnya , dia pertahankan agamanya ! Menjadi Sayap kiri suami . Adakah madu sekarang bersikap seperti mereka ?
.
Ya Wardhatul Syauqah.
Zulaikha ? Perdengarkanlah agungnya cinta dia pada Yusuf . Sehingga buta tak kenal dunia . Pada saat dia memilih Islam , Allah satukan Yusuf dengannya , tapi cintanya pada Yusuf tidak sekuat Cintanya pada Allah . Harinya berlalu dengan ibadah . Sehingga Yusuf yang kuat jadi Lemah mendambakan kasih isterinya Zulaikha . Beginikah cintamu pada Ikhwah ?
.
Ya Mujahidah Islam .
Mengaku berjihad , Pernah dengar hebatnya Khaulah al-Azwar ? Srikandi perang islam . Lagaknya seperti pemuda menghunus pedang dimedan perang , bagai raksasa tangkasnya berkuda dan sekelip mata mnumpahkan darah musuh durjana . Tidak dia angkuh malah malu untuk mengaku dia wanita yang berjihad bersama tentera khalid al-walid . Beginikah jihadmu ?
.
Wahai wanita solehah .
Ratu Balqis ? Fatimah ? Dan ramai lagi srikandi islam . Pernahkah kau kaji soal mereka , perjuangan mereka ? kehidupan mereka ? adakah sedikit menyerupai mereka ?
.
Wahai wanita akhirul zaman .
Hadiah apa yg akan kau persembahkan dihadapan Allah nanti ?.. Adakah jihad yang kau gaulkan dengan masalah hati ? Mungkin kita tidak mampu untuk menandingi ketabahan kekuatan serta keimanan srikandi islam terdahulu , kerana kita ternoda oleh satu zaman yang penuh dengan penipuan teknologi ! Penyakit hati ! Sahabat yang mengaku setia padahal hati berdusta ! Harta yang tak bernilai ! Semua berebut untuknya .
.
Ya muslimah .
Ramai sekarang orang alim pada zahir , padahal hatinya tak terlibat sama . Kata jihad , solat pun terkapar kapar . Kata sayang sahabat , tapi bila kalian ada masalah lari tinggalkan mereka , konon sahabat mereka Talam Dua Muka . Kata cintakan saudara , tapi bila bergerak dalam kumpulan pun ada sahabat yang ditinggalkannya apatah lagi diluar kumpulan . Inikah nilai syurga padamu yang ingin kau beli ?
.
Wahai bakal bidadari syurga .
Fikirlah sejenak , layakkah syurga buatku ? Tidak bimbangkah , bila orang bergantung harap pada kita untuk agama sedang kita sibuk fikirkan masalah hati . Wanita itu fitnah dunia , tapi yang solehah adalah bidadari dunia . Ketahuilah , orang yang benar alim tidak akan mengaku dirinya alim . Malah dia ingin berada dalam satu tempat dimana dia berjalan bercakap atau apa sahaja tiada yg melihat wajahnya .
.
Ya ukhti tercinta .
Jangan gadaikan akhirat untuk dunia . Engkau perlukan teman menasihati , bacalah kalam agung Illahi al-Quran Nur Karim pengubat hati . Bila engkau ingin berbicara dengan Allah maka solatlah , jika ingin Allah berbicara dgnmu maka bacalah Quran :') Kau akan jumpa nikmat disebalik ayat . Sehingga rindumu berlabuh hanya pada yg Esa .
.
-->Cukuplah dengan perkara yang jauh lebih penting . Tinggalkan perkara yang tak pasti dan sia sia . Kita terlalu sibuk fikirkan perkara kecil sehingga lupa perkara besar . Jangan ganggu singgahsana Allah (Hatimu)<--
Semua akan indah bila tiba waktunya .
Inshaa Allah ..
-hambapendosa-

Comments
Post a Comment